Monday 11 July 2011

phonic

Sebagai cadangan untuk guru tahun 1. Bolehlah cuba jollly phonic.

KESIMPULAN ARTIKEL


RUMUSAN ARTIKEL
TAJUK ARTIKEL: APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN

            Tidak dapat dinafikan bahawa komputer memang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Namun terdapat banyak masalah dalam mengendalikannya. Ramai guru yang masih lagi kurang berkemahiran menggunakan komputer. Mereka mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu ramai yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan kapur dan papan. Guru yang agak rajin sedikit pula akan mencari dan membuat bahan bantuan mengajar seperti gambar-gambar dan kad-kad perkataan.
            Di pihak murid pula, ramai yang lebih berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru menggunakan komputer sewaktu mengajar. Mereka boleh meneroka dan mencari isi-isi penting untuk menulis karangan. Malah penggunaan computer boleh membantu murid dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
          Aspek pengajaran perlu diberi perhatian dengan menekankan pengusaan kemahiran bahasa yang diajarkan.Penggunaan computer mampu meningkatkan lagi keupayaan murid menguasai bahasa.Oleh itu ,aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.